Thursday, August 5, 2010

sampaikan rinduku padanya

Kekasih Yang Dirindui

Aku duduk sendirian merindu

Pemergian seorang kekasih

Walau lama penantian ku ini

Aku yakin pastikan bertemu



Aku tahu padanya tiada mungkir

Kerana itu bukanlah sifatnya

Di Akhirat pastikan bertemu

Dengan mereka yang merinduinya



Kerana dia telah pun berjanji

Akan memberi syafaatnya nanti

Saat itu pastikan terjadi

Pada umatnya yang bertaqwa



Walau beribu tahun sudah berlalu

Keagungannya pernah berlaku

Sejarahnya akan berulang lagi

Sebelum tibanya kehancuran



Namun yang percaya hanyalah mereka

Yang rindu kan kekasih

Namun yang merindu hanyalah mereka

Yang selalu berselawat



Lagu : Abiefanisya & Osman

Lirik : Abiefanisya

Hakcipta : Inteam Records Sdn Bhd